Gunung Benom

Gunung Benom merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia. Gunung Benom mempunyai ketinggian setinggi 2,107 meter[1], [2] atau 6913 kaki dari aras laut. Terletak di Latitude/Longitude (WGS84) 3° 50' N 102° 6' E. Gunung Benom mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.Rezab Hidupan Liar Krau di mana terletaknya Gunung Benom merupakan kawasan perlindungan yang tertua di Malaysia.[3]Gunung Benom merupakan gunung ke sepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2107 meter (6916 kaki) dari paras laut dan ia merupakan gunung kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan. Banjaran Gunung Benom terletak di antara sempadan tiga buah daerah iaitu Jerantut, Temerloh dan Raub. Topografi kawasan ini meliputi kawasan berbukit-bukau dengan tanah rendah yang mendatar dan terdapat juga kawasan berpaya dibeberapa bahagian. Di samping itu, kawasan ini diliputi oleh hutan dipterokarp sehingga ke hutan pergunungan.Terdapat dua trek hutan yang boleh dilalui pendaki untuk sampai ke puncak Gunung Benom yang berketinggian 2,107 meter (6,914 kaki) dari paras laut ini.Laluan pertama adalah dari Lata Berembun di Raub, Pahang dan laluan kedua dari Pos Perlok di Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Laluan kedua diselenggara oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Dalam perjalanan, pendaki boleh melalui Bukit 800, Bukit Damar, dan Gunung Lilin

Rujukan

WikiPedia: Gunung Benom http://www.angelfire.com/trek/mofam/contributors/g... http://luaz.blogspot.com/2008/09/gunung-benom-from... http://marina.fortunecity.com/harbourside/83/gunun... http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread... http://encarta.msn.com/map_701591385/gunung_benom.... http://dklpacat.multiply.com/photos/album/30 http://www.peakbagger.com/peak.aspx?pid=10958 http://www.webshots.com/search?query=Gunung+Benom http://phototreksemenanjung.wordpress.com/2008/05/... http://www.ogkl.com.my/infoGUNUNG/infoBenom.htm